Tuesday, January 5, 2010

2010

nak masuk 32 tahun hidup di atas bumi yg fana ini....Alhamdullilah.
di tahun baru ini blog kegemaran no 1 saya masih lagi http://www.thepinkstilettos.blogspot.com/ :) . Anda pula bagaimana?

Sunday, December 20, 2009

ekin




cantik sungguh baju si ekin ni..ekin juge cantik..gambar dicilok dari forum cari

Friday, November 13, 2009

Muzik Muzik

Sambil melayari internet saya juga sambilsambil menonton muzik muzik separuh akhir..akim sedang mendendangkan lagu..dan saya tidak tahu lagu ini dan baru saya tahu wajah akim yg digilai ramai (eh digilai ke?)..dan sebenarnya byk juga lagu yg penah saya dengar tapi tidak tahu penyanyi..hmmm sudah tue barangkali tidak kenal penyanyi...oh ye ini muzik muzik musim ke berapa ye?

(hah genap sebulan baru ada entry baru di blog ini)

Tuesday, October 13, 2009

Gin & Jacqie




Sudah beranak dua baru terhegeh hegeh beli bag organizer..dah hasilnya mmg memuaskan

Thursday, October 8, 2009

Bukit Malawati

Mari melawat tempat bersejarah! Bukit Malawati yg terletak di Kuala Selangor.
Hari Sabtu dan Ahad, kenderaan sendiri tidak dibenarkan menaiki bukit ini. Perlu naik tren yg disediakan berharga rm2 setiap orang. Jika mahu juga naik kenderaan sendiri sila melawat hari bekerja isnin - jumaat.


Apa ada atas bukit? Sepasukan monyet yg jinak, yg akan menarik baju anda utk meminta makanan. Ada seorang india yg ditugaskan jual kacang panjang dgn harga serendah rm1.

Wednesday, October 7, 2009

Durian Krepe


Pernah makan durian krepe? sungguh dan sangat lazat!! Krepe ini berintikan krim dan durian.
Saya hanya tahu 1 tempat menjual durian krepe yg beli 1 bungkus pun tak cukup. Gerai di level ground di Ikano..satu bungkus ada 6 ketul berharga rm10. Ada juga pilihan lain seperti mangga dan cempedak krepe.
saya tidak tahu kewujudan durian krepe sehinggalah suami bercerita tentang durian krepe terlazat mandarin oriental (eh eh cite dgn air liur je ke? beli la seketul 2).
Okeh..satu hari pasti dpt makan durian krepe mandarin oriental.

Tuesday, October 6, 2009

Anak anak

Anak No 1

Ini satu satunya kad raya yg dia dapat tahun ini, anak jiran sebelah yg bagi. Berkali kali dia baca kad raya tersebut kerana terlalu terlalu teruja, siap besoknya bawak ke sekolah kerana mahu menunjuk-nunjuk pada cikgu Siti. Nasib baik sudah pandai baca sendiri jika tidak pasti saya yg akan dipaksa baca kad kuat kuat, dan pasti waktu itu pasti terkeluar semua aura hitam dan hangin yg dasyat!
Tetapi sugguh cepat sebenarnya budak2 membesar..awal tahun ini dia tak tahu membaca..asyik ulang nyanyi abc ..itupun ada huruf tertinggal tetapi sejak sebulan dua lepas dia sudah pandai membaca..semua benda nak eja..sakit juge telinga ini...utk bahasa inggeris pula sudah boleh baca tetapi amat terhad..hanya tahu baca buku sekolah sahaja..takpe boleh usaha lagi..
Tetapi utk pertama kali saya risau..semalam cikgu siti kata anak saya slow belajar Qira'ati.
Balik rumah saya tanya dia, Qiraati susah ke? Dia cakap susah sbb tulisan kecit kenot...okeh takpe. malam itu saya cakap pada dia kena pandai semua..cahayaku, smart reader dan Qiraati..nanti ibu bagi hadiah.
Pagi tadi semasa mandikan dia, saya tanya dia..ibu pesan apa? dia jawab 'belajar pandai pandai' okeh bagus!
Dan tadi saya tanya lagi 'kenapa kena belajar pandai pandai?' dgn lajunya dia jawab 'nak dapat hadiah!!!'

Anak No 2


sapa nama ibu?
Ashih acikin
sapa nama ayah?
Ajlun
sapa nama abang?
Adam
sapa nama adik?
Muiz (kekadang disampuk oleh si abang 'Zakuan!!!)
Sungguh kiut.